Thursday, 31 December 2015

KELAB FUTSAL PRA-U SMK KOTA MARUDU BERPOTENSI MAJU

            Gambar kenangan: Ahli kelab futsal Pra-U SMK Kota Marudu 2015.                           Dalam gambar masih ada 2 bekas wakil kebangsaan.


Jika sekilas pandang, tiada yang membezakan antara kelab futsal Pra-u SMK Kota Marudu ini dengan kelab futsal sekolah-sekolah lain. Namun, siapa sangka sekolah luar bandar tidak berupaya bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang berada di kawasan yang lebih kondusif dengan fasiliti yang serba lengkap seperti gelanggang yang serba lengkap, moden dan canggih, jurulatih yang profesional dan mempunyai penaja serta populariti yang menonjol.

Mengimbas sejarah kegemilangan dan pencapaian kelab futsal Pra-U dalam kejohanan piala tingkatan 6, pasukan SMK Kota Marudu bukalah asing lagi.

Kelab futsal ini pernah di nobatkan sebagai Johan pertandingan futsal Piala Tingkatan 6, Peringkat negeri Sabah pada tahun 2013 dan 2014. Selain itu, pasukan ini juga telah mendapat tempat ke-4 peringkat kebangsaan tahun 2013 dan Naib Johan tahun 2014 dalam kejohanan Piala Tingkatan 6.

Namun, agak menyedihkan apabila kejohanan piala tingkatan 6 dimansuhkan pada tahun 2015, sekaligus menyebabkan kelab futsal ini tiada hala tuju yang jauh ke depan dan terpaksa membuat anjuran dalaman sahaja dan sekali-sekala membuat friendly match dengan pasukan dari sekolah yang berdekatan dan juga lain-lain pasukan di kota marudu.

Semoga ada sinar baru untuk kejohanan Futsal Piala Tingkatan 6 pada masa hadapan.


Cabaran yang perlu diatasi dalam pengajian am penggal 2

Sebagai pelajar yang baru sahaja melangkah masuk ke semester 2 pra-u atau tingkatan 6 pasti akan tertanya-tanya banyak perkara berkenaan subjek-subjek yang akan dipelajarai. Salah satunya ialah pengajian am penggal 2 kerana boleh dikatakan ini subjek teras dan merupakan syarat utama kemasukan ke IPT. Jadi, diruangan ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman sebagai persediaan yang perlu dilakukan. Saya bukanlah pakar kaunseling atau motivasi, tetapi apa yang saya sampaikan semata-mata berdasarkan pengalaman sepanjang bergelar guru pengajian am sejak tahun 2006.

Cabaran 1: Kerja kursus

Semester 2 dalam pengajian pra-u/Ting 6 mempunyai kerja kursus pengajian am yang perlu anda siapkan dan akan dibentang kemudian dinilai oleh guru-guru pengajian am. Masalah yang sering berlaku ialah pelajar sering melambat-lambatkan kerja kursus ini. Sikap suka bertangguh dan kurang peka kepada tarikh akhir penghantaran. Akibatnya, kualiti kerja tidak memuaskan, lambat dihantar dan pelajar kurang persediaan lengkap menghadapi pembentangan. Adalah dinasihatkan kepada pelajar untuk melaksanakan kerja kursus sebaik sahaja mendapat arahan dan mematuhi jadual penghantaran. hal ini untuk mengelak gangguan kepada persediaan menghadapi peperiksaan.

Cabaran 2: Menjawab soalan struktur

Soalan struktur 15 markah, soalan dihasilkan daripada topik Malaysia maju dan sejahtera dan dasar-dasar pembangunan negara (Dasar dalam negara). Terlalu banyak topik yang perlu dibaca untuk menjawab sedikit soalan struktur. Saya sebagai guru pun pening juga membaca banyak dasar-dasar ni kalau nak dihabiskan dalam 2 atau 3 hari. pening! pening! 

jadi siapa suruh baca last minit..untuk skor topik ni, perlu baca berperingkat-peringkat. sehari baca 2 atau 3 dasar sahaja. fokus betul-betul bila baca. kalau sebulan ada 30 hari x 3 subtopik = 90 subtopik. fuh! hujung bulan januari sudah habis baca. Bincang lagi dalam kelas dengan guru lagi la boleh ingat kerana sudah baca sedia kan? kemudian...jangan lupa latihan struktur sebaiknya anda buat sebanyak yang boleh sebelum menduduki peperiksaan.

Rahsia kejayaan menjawab struktur bergantung kepada keupayaan memahami kehendak soalan dan kemampuan untuk mengingat kembali isi-isi penting yang telah dipelajari. macamana tingkatkan hafalan fakta?   proses bacaan dan latihan yang banyak dan berulang..

Cabaran 3: Graf

Ini bahagian yang paling teknikal. kelemahan pelajar yang utama ialah kawalan masa. pelajar tidak siap graf. Di samping itu, pelajar salah memilih media atau graf yang dikehendaki kerana dikelirukan oleh soalan. Soalan STPM adalah soalan aras tinggi, tetapi bukanlah susah jika anda benar-benar menguasai tekniknya. Kemahiran menghasil graf atau carta bukan setakat tahu buat atau boleh buat, tetapi yang paling UTAMA ialah boleh buat dengan betul, lengkap, kemas, pantas dan menepati masa yang ditetapkan. Adalah dinasihatkan agar pelajar melatih diri untuk membuat latihan sekurang-kurangnya 2 graf seminggu secara konsisten dan dalam masa yang ditetapkan. Adalah tidak wajar jika pelajar membuat latihan tanpa kawalan masa. 

Cabaran 4: Soalan Esei

karangan atau esei pengajian am dari segi teknikal adalah sama dengan penggal 1. tiada perbezaan dari segi teknik penulisan. cuma yang membezakan ialah topik atau soalan yang akan dikeluarkan. soalan boleh jadi datang atau memiliki hubungkait dengan topik dasar-dasar dalam negara dan malaysia maju dan sejahtera. Namun, soalan juga boleh dikeluarkan daripada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara. Biasanya, isu-isu semasa 2 tahun ke belakang perlu diperhatikan dan pelajar sendiri boleh membuat andaian-andaian atau ramalan tersendiri, bukan bergantung kepada guru semata-mata. Selain itu, jangan ketepikan soalan-soalan esei tahun-tahun yang lalu seperti tahun 1990an, 2000an. Seringkali terjadi isu berulang akan keluar. Pembacaan skema-skema jawapan karangan yang banyak terdapat dalam buku kerja, buku rujukan dan contoh-contoh karangan tahun-tahun lepas perlu diperbanyakkan sebagai persediaan. 
Rahsia kejayaan karangan ialah anda faham kehendak soalan, menguasai teknik penulisan dan kemampuan menyampaikan idea-idea yang bernas. perkara ini bukan mudah kepada mereka yang malas membaca.

Saya telah memiliki testimoni bahawa pelajar rayuan ke tingkatan 6 mendapat keputusan cemerlang apabila menghabiskan setiap waktu untuk membaca, ulangkaji dan latihan.

semoga berjaya.