Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan dalam graf/carta yang kerap dilakukan oleh calon:
1. Salah Media
Calon selalu salah memilih media yang sesuai kerana dikelirukan oleh soalan atau petikan soalan. Soalan selalunya mempunyai trik-trik tertentu untuk mengelirukan calon. hal ini sengaja diletakkan untuk menguji kemampuan calon melakukan analisis terhadap soalan. Calon perlu memperkuatkan diri dengan memahami cara-cara mengenalpasti media berdasarkan ciri-ciri yang wujud dalam soalan dan petikan. Lihat panduan yang diberikan oleh guru. Salah media markah maksimum 1/20.
2. Kesalahan jadual
kesalahan yang biasa wujud ialah jadual tidak lengkap seperti dari segi tajuk, isi kandungan data, salah pengiraan, dan sumber tiada atau tidak lengkap. Jadual mesti disertakan bersama-sama graf/carta. Sekiranya markah graf/carta kurang daripada 5, maka pemeriksa akan menggunakan markah jadual iaitu 5markah sebagai ganti dengan syarat jadual lengkap dan tepat. Hal ini bermaksud, dalam situasi tersebut markah jadual adalah back up kepada markah graf/carta.
3. Graf tiada tajuk, salah tajuk atau tidak lengkap tajuk.
Bagi tiap-tiap jenis graf, pelajar perlu kuasai bentuk asas jadualnya.
Tajuk mesti ada Lokasi, perkara dan tempoh. Elemen tambahan seperti (*anggaran) perlu dinyatakan dalam ( ) jika dinyatakan dalam petikan. Kadang-kadang soalan sebut tempoh " pada tahun-tahun yang dinyatakan"..jadi calon perlu kenalpasti berapa tahun yang terlibat dan nyatakan tahun itu dalam tajuk dengan jelas. Perhatikan juga Lokasi. Kadang-kadang lokasi "Semenanjung Malaysia"...pelajar tulis Malaysia. Lokasi "Sabah dan Sarawak" pelajar tulis Malaysia juga. Lebih parah Lokasi " Asia Tenggara" pelajar tulis Malaysia juga kerana sudah terbiasa dengan kebanyakan contoh soalan mengambil data negara Malaysia. Pastikan Lokasi ditulis sama seperti dalam soalan dan petikan.
4. Salah unit atau tidak lengkap
- Contohnya lupa tulis "RM" atau "JUTA".
- "TAN METRIK SEHARI" pelajar tulis Tan Metrik...lupa perkataan "sehari"!!
- "Umur 10 hingga 20 tahun"...pelajar tulis 10 hingga 20. Lupa tulis perkataan "TAHUN"!!!
(markah maksimum 12/20 bagi kesalahan tersebut)
5. Kesalahan skala. Lupa tulis titik asalan (0) dalam skala dan tulis skala salah.
Skala mestilah ditulis dengan cara berikut:
Contoh.
- tulis titik asalan 0
- Skala 1cm : RM 5000 Juta atau Skala 1cm mewakili RM 5000 Juta. Walaupun calon dibenarkan menulis nilai skala selang 2 cm pada paksi Y, tetapi cara tulis skala mesti 1cm:_____ di bawah graf.
- cara mencari skala nilai terbesar/berapa cm yang digunakan. bundar kepada angka genap yang hampir dan sesuai.
6. Tulis Petunjuk
calon perlu menulis petunjuk bagi membolehkan graf difahami. pastikan lengkap dan tepat.
7. Tulis sumber
kedudukan sumber mesti dibawah sebelah kanan graf. jika petikan tiada nyatakan perkataan "sumber"..maka calon perlu meletakkan perkataan sumber tersebut. Contoh nya:
(Sumber:...........................)
jangan tulis sumber hingga terkeluar dari zon petak graf. Jangan mengurangkan ayat atau menambah ayat. kecuali perkataan "sumber" sahaja yang boleh ditambah jika tidak dinayatakan dalam soalan.
ada pelajar tulis sumber salah: Sumber: (...................................). pastikan buka kurungan dulu baru tulis sumber. maksudnya sumber mesti dalam petak kurungan (....)
8. Jangan guna teknik lorekan. mesti guna warna.
Jika calon guna lorekan, walupun lorekan itu betul maka calon hanya layak mendapat markah maksimun (12/20). boleh guna highlighter untuk cepat atau warna kayu yang berkualiti dan terang.
9. Graf, Tajuk graf mesti center
10. SENTIASA MELIHAT JAM UNTUK KAWALAN MASA. CADANGAN MASA UNTUK SIAPKAN GRAF IALAH 50-55 MINIT. TETAPI TERPULANG KEPADA KREATIVITI PELAJAR SENDIRI UNTUK MENGATUR MASA.
TIAP-TIAP GRAF MEMILIKI TEKNIK YANG BERBEZA. SILA KUASAI TEKNIKAL SETIAP GRAF.
SEKIAN, SAYA DOAKAN ANDA BERJAYA.